aku bukanlah superman..~~~

Tuesday 24 August 2010

kematian ialah sesuatu ketenangan!!!

Ketika kematian menghampiri Hudzaifah Ibnul Yaman r.a., ia menyambutnya dengan penuh rasa cinta. Ia berkata, “Wahai sang maut! Tenggelamkanlah aku di dalammu. Cengkeramlah aku dengan kuat. Hatiku tetap akan mencintaimu. Sebab, kehidupan yang membahagiakan akan tiba sesudah kedatanganmu. ….”

Ada sebuah perkara yang menarik ingin dibincangkan tentang kematian. Apalah yang nak dimenarikkan sangat dengan kematian. Tak begitu?

Ada satu kuliah di sebuah masjid. Ini antara perbualan ustaz dan jemaahnya..

Ustaz: Semua ingin masuk syurga?

Jemaah : Mahu!!

Ustaz: Semua ingin mati hari ini tak?

Jemaah: (diam)...

Rupanya tidak ada seorang pun yang mahu mati. Ustaz tersenyum lalu berkata "Bagaimana nak masuk syurga kalau semua tidak mati.."

Ustaz: Semua ini cintakan Allah ataupun tidak?

Jemaah: Iya..

Ustaz: Biasanya kalau orang jatuh cinta, dia tidak akan sabar untuk bertemu kekasihnya. Rakan jemaah semua ni sudah rindu ingin bertemu Allah?

Jemaah: (hening sehening pagi)

Renung-renungkan sejauh mana kita bersedia untuk kematian jika syurga yg ingin digapai. Ramai yang memandang kematian sesuatu kegelapan , pengakhiran sebuah kehidupan, kehilangan harta benda, tiada lagi suka ria dan bermacam lagi tanggapan negatif. Hakikatnya pandang sisi lain kematian ialah suatu ketenangan. Ketenangan sebagai suatu persediaan berjumpa denganNYA selepas mengembara mencari bekalan.Wallahu'alam..fikir-fikirkan sejauh sebesar mana bekal yang kita dapat bawa nanti.

No comments:

Post a Comment